Kehidupan peribadi Zain_Saidin

Zain merupakan anak bongsu dari tiga adik-beradik. Bapanya adalah Melayu manakala ibunya ialah British. Walaupun tidak ada sedikit pun raut Melayu di wajahnya. Ternyata, gen darah Inggeris lebih mendominasi namun jangan pandang rendah anak jati Gombak ini kerana hanya pada zahirnya saja tampak seperti Mat Salih tetapi jiwanya Melayu. Pada zaman kanak-kanak, dia menikmati kehidupan seperti mana anak kampung lain. Melastik burung, mandi sungai, bermain bola sepak dan senapang kayu antara aktiviti kegemaran Zain atau nama penuhnya, Mohamad Zain Mohamad Saidin. Bahkan bukan pasta, lasagna, burger atau stik hidangan kesukaan sebaliknya tekaknya lebih berselera menikmati masakan kampung serta sambal belacan.

Dia juga fasih berbahasa Melayu bahkan adab budaya dipegang kuat walaupun hidup di ibu kota. Anak muda ini sedar itulah teras warisan yang harus dipraktik dan dipelihara.

Zain mahir dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris kerana pernah belajar di tiga buah sekolah berbeza, Sekolah Sri Inai, Garden International School dan SMK sri Petaling yang memberi pendedahan bahasa berbeza. Di rumah, Zain berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan emaknya tetapi biasanya menggunakan bahasa ‘rojak’ dengan adik-beradik lain.

Zain berkahwin dengan pelakon Rozita Che Wan pada 13 Disember 2013. Pasangan itu mempunyai anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang dilahirkan pada 1 November 2014. Majlis pernikahan itu diadakan pada jam 7.30 malam di Gazebo, Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam.[4][5][6]